Thursday, April 15, 2010

novel pertama!!=D

Cikgu Kimiaku

PAP!! Bunyi rotan Cikgu Singa yang bergema sehinga ke lima kelas sekitarnya mengenai tepat ke atas mejaku. Kedengaran seluruh rakan kelasku mengeluarkan bunyi terkejut, malah Ida,teman baikku member isyarat simpati kepadaku dari tempat duduknya. Muka Cikgu Singa atau nama sebenarnya Cikgu Sinah merah menyala seperti sambal udang masakan ibuku yang baru sahaja menjadi santapanku pagi tadi bersama nasi lemak,ayam goreng dan ikan bilis goreng. Tangannnya bergetar sperti warga emas menghidap Parkinson walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan orang tua yang meghidap penyakit itu. Mulutnya bergerak-gerak dan aku jangka ‘speaker’ mulutnya akan di ‘switch on’tidak lama lagi. Aku hanya tersengih kambing sambil mengharapkan yang ini hanyalah mimpi. Sejurus sahaja aku memperlihatkan gigiku yang agak jarang dan kekuningan setelah menggunakan ubat gigi colgate selama setahun itu, gempa bumi pun bermula.

“zurina! Apa yang kamu mengelamun daripada tadi? Saya pantang kalau murid saya tidak mengambil perhatian ketika saya sedang mengajar. Mentang-mentang kamu dapat markah tinggi untuk kimia semester lepas kammu nak berlagak. Bla bla bla…..”leteran sepuluh minit yang berpanjangan yang aku rasa seperti selama dua jam terhadapku kali kedua minggu ini menerjah telingaku. Aku hanya membuat muka tak malu dan tersengih sambil meminta maaf kapada Cikgu Singa. Maksudku Cikgu Sinah.

Aku bukanlah begini selalunya. Subjek kimia adalah kegemaranku sejak aku tingkatan empat lagi. Malah semakin meningkat sejak Cikgu Azman mengajar. Namun semester ini secara tiba-tiba Cikgu Azman tidak lagi mengajar kelasku dan tidak lagi mengajar di kolej ini. Tiada siapa yang tahu puncanya dan aku sudah bertanya kepada ramai guru namun masing-masing mengatakan tidak tahu. Cikgu Razli yang rapat dengannya pun seakan berahsia denganku tentang puncanya. Aku cuba beberapa kali menelefon telefon bimbitnya tetapi tidak dapat dihubungi. Aku hendak mencarinya di rumah tetapi aku tidak mengetahui alamatnya.

“Cuba kau ceritakan apa istimewanya Cikgu Azman tu sampai kau sudah tak minat belajar kimia?Sebelum ini pun ramai juga cikgu yang berhenti tapi kau tak pernah macam ini pun.”Ida bertanya kepadaku ketika kami makan bersama-sama di food court. Sejak semester baru bermula seminggu lalu. Ida beberapa kali cuba mengorek rahsia tentang punca perubahan sikap ku sejak aku mengetahui Cikgu Azman sudah berhenti.

Hari itu, hatiku terbuka untuk bercerita dan mengurangkan kerisauan Ida.

*****************************************************************

“Zurina!” terdengar suara garau memanggil. Aku biarkan sahaja kerana ramai orang di hospital ini, tentu sahaja ada manusia yang sama namanya dengan aku. Almaklumlah, nama aku ini agak terkenal. Nama comel pulak itu. “Zurina binti razali..”terdengar lagi suara yang garau itu memanggil.

“eh!itu macam nama aku. Siapa yang panggil aku?” sejurus aku menoleh, terpampang gigi putih berkilau kepunyaan seorang lelaki yang agak putih dan tinggi memakai baju jersey Manchester United. Kebetulan aku pun memakai baju yang sama.

“Cikgu Azman…. Apa cikgu buat di hospital ini?”tegurku sambil tersenyum riang. Aku rasakan hari ini hari yang paling bertuah dalam hidup aku. bukan sahaja aku tidak perlu mengambil ujian hari ini kerana tidak dapat menghadiri kelas kerana demam malah dapat pula bertemu cikgu paling hensem di kolej.

“kita pakai baju yang sama ya. Kamu minat Manchester united ke?” Tanya cikgu azman. Hari itu kami berjalan sekitar hospital sambil bercerita tentang pasukan bola kegemaran kami, Manchester United.

Aku menghidap anemia sejak kecil lagi kerana itu aku banyak berkunjung ke hospital kerana janji temu dengan doktor. Namun sekarang penyakit ku ini tidak lagi mengganggu ku. Tetapi mama masih risau dan mahu aku dirawat sehingga aku pulih sepenuhnya. Disebabkan itu, aku terpaksa ke hospital dua minggu sekali sehinggakan aku sudah menghafal setiap ceruk di Hospital Puteri itu.

Setiap kali aku ke hospital, setiap kali itulah aku bertemu dengan Cikgu Azman. Sudah beberapa kali aku bertanya tujuannya ke situ, namun dia sering mengelak. Akhirnya aku tidak lagi bertanya tetapi menggunakan kesempatan itu untuk belajar kimia. Sekurang-kurangnya kunjungan aku ke hospital tidak sis-sia dan berguna. Cikgu Azman juga gembira dapat mengajar aku apa sahaja yang aku tidak fahami.

Malah, aku juga sudah memperkenalkan Cikgu Azman kepada mama. Mama juga gembira apabila aku menceritakan Cikgu Azman mengajarku ketika pertemuan kami di hospital. Semakin lama aku semakin menantikan kunjunganku ke hospital untuk bertemu Cikgu Azman. Aku merasakan aku bukan sahaja mahu bertemu dengan Cikgu Azman kerana ingin belajar malah aku merasakan aku sudah menyenangi cikgu itu. Walaupun aku dapat berjumpanya di kolej setiap hari namun perasaannya tidak sama kerana di hospital, Cikgu Azman dapat menumpukan perhatian terhadap aku sepenuhnya.

Keputusan cemerlang ku di dalam setiap ujian kimia yang dijalankan juga menyebabkan aku lebih bersemangat untuk bertemunya. Paling aku gembira sekali, Cikgu Azman akan menghadiahkan aku coklat setiap kali aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Aku rasa aku sudah jatuh cinta kepada guruku.

Sejak menyedari hal ini, aku mula rasa resah gelisah dan tidak menentu. Aku ingin menceritakan kepada seseorang tetapi aku malu. Temanku yang paling rapat, Ida juga tidak tahu menahu tentang hal ini. Akhirnya suatu hari, aku nekad untuk meluahkan perasaanku terhadap Cikgu Azman.

Janji temu aku pada hari itu adalah janji temu yang terakhir. Doktor telah mengesahkan bahawa aku telah pulih sepenuhnya. Malangnya, aku tidak bertemu Cikgu Azman pada hari itu. Telefon bimbitnya juga ditutup. Puas aku mencari di seluruh hospital itu namun tidak berjaya.

Setibanya aku di wad kanak-kanak, aku bertemu dengan Cikgu Azman. Dia kelihatan terkejut melihatku di situ tetapi tersenyum riang.

“Ina,baguslah awak ada di sini sekarang. Saya ingin memperkenalkan awak kepada isteri saya.”

Aku terpaku di situ dan dengan perlahan aku bertanya, “Cikgu dah kahwin?”

“Tentulah, awak tidak tahu?Saya ada memberitahu kepada semua murid saya pada hari pertama saya datang mengajar. Seingat saya awak cuti sakit pada hari itu”cikgu azman menerangkan kepadaku dengan panjang lebar.

Pada waktu itu aku dapat merasakan airmata aku sudah mengalir dengan derasnya dan aku terus berlari keluar tanpa menghiraukan panggilan cikgu azman.

Semenjak itulah aku tidak lagi bertemu Cikgu Azman kerana cuti semester sudah bermula.

Sepanjang cuti semester itu, aku sedar akan kebodohan dan perangai kebudak-budakkan aku dan aku membuat keputusan untuk meminta maaf kepada Cikgu Azman. Malangnya kelas kimia pertama pada semester baru itu diajar oleh Cikgu Sinah kerana Cikgu Azman sudah berhenti.

***************************************************

“Selamat hari guru, cikgu” aku menghulurkan kotak hadiah berwarna biru cair bercorak siput itu kepada Cikgu Azman.

“Terima kasih” balas Cikgu Azman sambil tersenyum riang seperti biasa.

Ida juga menghulurkan hadiahnya dan Cikgu Azman tersenyum lagi dan mengucapkan terima kasih.

Pada hari itu, Cikgu Azman datang berkunjung ke kolej pada hari sambutan hari guru. Pada ketika itu, barulah dia menceritakan kunjungan kerapnya ke hospital adalah kerana anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan isterinya yang perlu ditahan kerana penyakit asma yang teruk. Telefon bimbitnya pula hilang pada hari terakhir aku menemuinya dan dia tidak berkesempatan untuk memaklumkan kepadaku kerana kejadian itu.

Dia juga memang sudah memaklumkan kepada pengarah lebih awal bahawa dia akan berhenti kerana mendapat tawaran untuk mengajar di kolej yang lebih dekat dengan tempat kerja isterinya. Namun, dia tidak sempat juga untuk memberitahu aku kerana hal tempoh hari.

Apabila Cikgu Azman mengungkit kisah itu, aku berasa sungguh malu. Aku meminta maaf kepada Cikgu Azman dan bersyukur kerana Cikgu Azman tidak mengambil kisah akan hal itu.

Sesungguhnya, peristiwa ini mengajar aku menjadi lebih matang dan tidak cepat melatah apbila perkara tidak terjadi seperti yang kita mahukan. Apabila aku terkenang kembali saat itu, aku pasti tersenyum malu tetapi aku tidak menyesal dan gembira dapat bertemu guru yang berjaya menyedarkan aku akan realiti kehidupan. Aku seorang pelajar dan tugasku adalah untuk belajar.

Terima Kasih Cikgu!